Djokovic kembali lagi

Novak Djokovic
Novak Djokovic
A
A
A

BINTANG tenis sensasi nombor satu dunia dari Serbia, Novak Djokovic melaung amaran akan kembali semula beraksi di setiap kejuaraan yang memerlukan penampilannya.

Namun di sebalik itu, pemain nombor satu dunia itu mengakui dia memiliki pilihan amat terhad berikutan peraturan vaksinasi diwajibkan ke atas pemain yang mengambil bahagian dalam kejuaraan utama.

"Ya, saya perlu mengikuti dan mematuhi peraturan ditetapkan penganjur. Apa sahaja kejuaraan yang boleh disertai, saya akan cuba pergi ke negara ini dan bermain sepenuh jiwa di kejuaraan tersebut.

"Biarpun begitu saya tidak bercadang untuk bermain dalam jadual penuh dan itu juga bukan hasrat sebelum musim ini menyingkap tirai," ujarnya.

Djokovic yang tampil buat pertama kali selepas insiden di Terbuka Australia baru-baru ini akan melakukan penampilan di Kejuaraan Tenis Dubai.

Bekas juara Terbuka Australia itu yang kali terakhir beraksi pada Disember lalu akan berdepan bintang dari Itali, Lorenzo Musetti, di kejuaraan tersebut - beberapa kejohanan yang mudah untuk disertai Djokovic.

Mengulas situasi di Dubai, Djokovic berkata, kebanyakan para pemain amat mengalu-alukan kehadirannya di kejuaraan itu

"Dan situasi ini tidak pula berlaku semasa saya berada di Australia, ia agak pelik," kata pemain berusia 34 tahun itu.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, Djokovic berkemungkinan hilang status pemain nombor satu dunia sekiranya pencabar terdekatnya Daniil Medvedev menang kejuaraan diadakan di Mexico.