Skandal projek RM30j: Tiga direman lima hari

Tiga individu ditahan reman untuk siasatan skandal projek melibatkan SSM yang dianggarkan bernilai RM30 juta.
Tiga individu ditahan reman untuk siasatan skandal projek melibatkan SSM yang dianggarkan bernilai RM30 juta.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat perintah menahan reman tiga individu untuk siasatan skandal projek melibatkan SSM yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini sehingga 23 Mac 2019 itu dikeluarkan Majistret Ahmad Asyraf Mohammad Kamal.

Siasatan ke atas individu yang berusia antara 44 hingga 56 tahun itu dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) ASPRM 2009.

Semalam media melaporkan mereka yang terdiri seorang pegawai kanan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan dua pengarah syarikat IT terkemuka di ibu negara ditahan kira-kira pukul 11 pagi di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta ibu negara.

Menurut sumber, pegawai kanan berpangkat pengarah itu dikatakan telah bersubahat dengn dua syarikat IT terbabit bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Ujarnya, dua pengarah syarikat terbabit pula dipercayai telah mengaut keuntungan dengan melakukan perkhidmatan perisian tanpa mengikut peraturan SKMM.

Artikel Berkaitan: