Pilih Muhyiddin Penasihat Ekonomi Johor bukti PN tandus pemimpin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah). - Foto Bernama
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah). - Foto Bernama
A
A
A

PASIR GUDANG - Perikatan Nasional (PN) ketandusan pemimpin sekiranya memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Penasihat Ekonomi Johor jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Noor Azleen Ambros
Noor Azleen Ambros

Exco Pemuda UMNO, Noor Azleen Ambros berkata, Menteri Besar Johor yang bakal dilantik PN nanti hanya akan menjadi boneka apabila Muhyiddin dipilih sebagai penasihat ekonomi.

"Ini sahaja bukti paling jelas, terang lagi nyata bahawa PN ketandusan personaliti bertaraf pemimpin yang mampu diketengahkan untuk dapatkan keyakinan 2.6 juta pengundi di Johor.

"Dengan peranan sebagai penasihat ekonomi, bermakna Menteri Besar Johor daripada PN tidak lebih sedikit pun fungsinya daripada boneka dan akan sentiasa berada di bawah telunjuk Tan Sri Muhyiddin.

"Pastinya, pemimpin yang sebegitu lemah dan rela membiarkan dirinya berada di bawah telunjuk mana-mana individu tidak layak memimpin Johor," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Rabu, Muhyiddin ketika berucap di Felda Tenggaroh 3, Mersing pada Rabu menawarkan diri menjadi penasihat ekonomi kerajaan negeri sekiranya PN menang PRN tersebut.

Sementara pada Jumaat pula, Muhyididin berkata, PN menawarkan pelan pembangunan ekonomi Johor bagi tempoh 10 tahun jika gabungan itu berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN Johor 12 Mac ini.

Artikel Berkaitan:

Noor Azleen yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang berkata, Muhyiddin yang sepatutnya bertanding pada PRN Johor dan menjadi calon Menteri Besar Johor tetapi enggan berbuat demikian.

"Itu risiko yang beliau sendiri sudah buat kira-kira akan kesan dan implikasinya," ujar Exco Pemuda UMNO Pusat itu.

Beliau mendakwa, apabila tidak bertanding, Muhyiddin boleh memasang angan-angan untuk menjadi calon Perdana Menteri daripada PN.