Aaron-Wooi Yik tunduk kepada beregu Jepun

Aksi Aaron-Wooi Yik pada BATC 2022 pada Jumaat. - Foto BAM
Aksi Aaron-Wooi Yik pada BATC 2022 pada Jumaat. - Foto BAM
A
A
A

BEREGU pertama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meraih mata kedua negara apabila tewas 21-23, 16-21 kepada beregu Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Takei pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, sebentar tadi.

Set pertama menyaksikan saingan sengit apabila kedua-dua beregu dilihat saling mengejar mata.

Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan 21-23 kepada beregu Endo-Takei pada set pertama.

Set kedua menyaksikan beregu Endo-Takei mula menguasai perlawanan berkenaan dengan mengasak Aaron-Wooi Yik.

Asakan demi asakan berjaya memerangkap Aaron-Wooi Yik selain memaksa pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu melakukan kesilapan demi kesilapan sebelum tewas 16-21 kepada beregu Jepun berkenaan.

Artikel Berkaitan: