PRN Johor medan hentikan kegilaan politik UMNO

Wan Saiful ketika berucap dalam program Jelajah Penerangan Isu Semasa di DUN Machap, Simpang Renggam pada malam Khamis.
Wan Saiful ketika berucap dalam program Jelajah Penerangan Isu Semasa di DUN Machap, Simpang Renggam pada malam Khamis.
A
A
A

KLUANG - Kerosakan negara yang sedang dilakukan UMNO menerusi teori domino mereka iaitu menjatuhkan kerajaan dari satu negeri ke satu negeri dengan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu dihentikan.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, jika UMNO dan Barisan Nasional (BN) menang PRN Johor, mereka akan mengadakan PRN di negeri lain pula sehingga akhirnya mengadakan Pilihan Raya Umum ke15 (PRU15).

Justeru, beliau menggesa rakyat negeri ini menjadikan PRN Johor sebagai penamat kepada kegilaan politik UMNO yang rakus dan tamak kuasa.

"Kesan dan implikasi PRN Johor akan dirasai seluruh rakyat Malaysia. Ini akan merosakkan satu negara. Mereka menggunakan teori domino dengan bermula di Melaka, apabila (kerajaan negeri) jatuh, maka akan jatuh satu lagi dan seterusnya.

"Jadi bermula pada PRN Johor kita harus menghentikan teori domino ini dan pastikan tiada negeri yang akan terus jatuh lagi," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Penerangan Isu Semasa di DUN Machap, Simpang Renggam dekat sini pada malam Khamis.

Wan Saiful berkata, PRN Johor tidak sepatutnya diadakan dan alasan kekurangan majoriti kerusi adalah tidak berasas sama sekali.

Beliau mengambil contoh, kerajaan Kelantan yang diperintah Pas pernah mengalami situasi yang sama seperti di Johor.

"Pas pernah alami situasi yang sama di Kelantan apabila menang PRU pada 2004 dengan dua kerusi majoriti. Salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) meninggal dunia setahun.

Artikel Berkaitan:

"Maka tinggal seorang sahaja ADUN dan yang 'best' pula ttu, ADUN Pas yang menang itu hanya dengan majoriti dua undi tetapi dari tahun 2005 hingga 2008, kerajaan pimpinan Pas kekal sampai tiba masa DUN dibubarkan.

"Kerajaan Kelantan masa itu tidak pernah sebut kerajaan tidak stabil. Ini menunjukkan UMNO (di Johor) tidak pandai menguruskan negeri, sudah lah tidak tahu bodoh sombong pula itu, tak tahu tanyalah," katanya.