Hampir tiga tahun hilang wanita ditemukan bercelaru

Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas pada Rabu.
Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas pada Rabu.

Wanita berusia 26 tahun itu yang dilaporkan hilang sejak 2019 lalu ditemukan di sebuah rumah yang turut dihuni oleh seorang lelaki dan wanita yang sudah berusia.

Difahamkan, laporan kehilangan wanita berkenaan telah dibuat oleh keluarganya di Balai Polis Ketereh, di sini pada 2019 selepas mereka gagal mengesannya yang keluar dari rumah lalu menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di Putrajaya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pada November 2019 wanita berkenaan telah dihantar oleh bapanya ke stesen bas untuk ke Putrajaya menggunakan pengangkutan awam itu.

"Selepas itu, wanita berkenaan telah gagal dikesan oleh ahli keluarga walaupun ahli keluarganya hanya berjaya menghubunginya sekali sahaja dalam tempoh tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Jumaat.

Menurutnya, susulan itu bapa wanita berkenaan pernah ke Putrajaya untuk mencari namun dimaklumkan dia tidak pernah datang ke premis tersebut.

Beliau berkata, bapa wanita berkenaan terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya itu.

Mohd Suhaimi berkata, hasil maklumat dan risikan yang dibuat, wanita terbabit berjaya dikesan sebelum menemuinya di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas.

Artikel Berkaitan:

"Kami dimaklumkan wanita terbabit berkenalan dengan seorang lelaki berusia sekitar 60-an sebelum menghilangkan diri tiga tahun lalu.

"Polis kemudian telah menjemput wanita terbabit kira-kira jam 6 petang. Bagaimanapun lelaki tersebut tiada di rumah, sebaliknya seorang wanita yang dipercayai isterinya sahaja berada bersama mangsa," katanya.

Menurutnya, polis sedang membuat siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan masih mendapatkan kenyataan daripada wanita berkenaan.

Beliau berkata, keadaan wanita terbabit masih kelihatan agak celaru serta bingung.

"Kami sedang menunggu masa sesuai untuk mendapatkan kenyataan darinya seterusnya mengambil tindakan lanjut," katanya.

Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas pada Rabu.