[VIDEO] Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan gangguan seksual

Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Tenom, di sini, pada Jumaat.
Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Tenom, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

TENOM - [DIKEMAS KINI] Pendakwah terkenal Ebit Lew mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual di Mahkamah Litar Tenom, di sini, pada Jumaat.

Ebit, 38, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas dibacakan pertuduhan terhadapnya di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Tertuduh didakwa atas kesalahan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang perempuan melalui aplikasi WhatsApp di daerah Tenom antara Mac hingga Jun tahun lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya dalam semua 11 pertuduhan terbabit.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Sabah, Muhammad Ilmami Ahmad dengan dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli, manakala Ebit diwakili peguam Mohamed Zairi Zainal Abidin.

Nur Asyraf kemudian menetapkan 20 April hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen manakala tarikh perbicaran secara tentatif ditetapkan pada Jun depan.

Sebelum itu, Ebit yang kini berada di Sabah untuk menjalankan kerja amal tiba di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom pada jam 9 pagi tadi dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vellfire serta ditemani sekumpulan individu lain.

Polis turut mengawal perkarangan Pejabat Daerah Tenom sepanjang prosiding dijalankan.

Artikel Berkaitan: