BN fokus isu ekonomi jika diberi mandat

MOHD RAZLAN
MOHD RAZLAN
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) akan memberi fokus kepada isu ekonomi jika sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk mentadbir Johor.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, BN juga akan menarik semula pelabur yang sebelum ini hilang minat kerana pentadbiran negeri tidak stabil.

“Kalau (BN) menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kita tidak akan berkongsi kuasa dengan parti lain.

"Saya yakin matlamat untuk kukuhkan ekonomi dapat dilaksanakan bersama peluang pekerjaan untuk anak Johor yang sebelum ini terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad mengenai keputusan membubarkan DUN kerana mahu mewujudkan sebuah kerajaan negeri yang kukuh seterusnya merangka lebih banyak pembangunan kepada rakyat Johor.

Jelas Razlan, kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) ditambah pentadbiran Perikatan Nasional (PN) yang tidak stabil menyebabkan ekonomi di negeri tidak begitu baik sejak kebelakangan ini.

Artikel Berkaitan: