Agensi wilayah capai usia 50 tahun perlu tampil kelainan: Mahdzir

Mahdzir
Mahdzir
A
A
A

KOTA TINGG - Semua agensi wilayah di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang telah mencapai usia 50 tahun, diminta supaya merangka strategi baharu sekali gus melakukan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, agensi wilayah seperti Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) misalnya perlu mencari idea-idea baharu untuk dilaksanakan dalam kawasan masing-masing seperti memberikan fokus dalam menambah baik capaian internet.

"Sekarang ini kita lihat, dari segi connectivity atau capaian internet (di sesuatu wilayah itu) ia berada di tahap mana? Itu mungkin boleh jadi salah satu fokus kita. Dulu kita fokus buat rumah, (tetapi sekarang) (banyak) permintaan mengenai connectivity,” katanya pada sidang media sempena lawatan kerjanya ke wilayah Kejora di sini pada Khamis.

Justeru, katanya sesi pemukiman agensi-agensi wilayah dan kementerian perlu diadakan bagi mencambah idea sekali gus membuat perancangan secara bersama.

"Macam saya katakan... semua agensi wilayah telah sampai usia 50 tahun dan sudah sampai masanya mereka fikirkan apakah (pelan) untuk 50 tahun seterusnya,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: