[VIDEO] Individu menyamar Ahmad Zahid minta wang RM5,000

Tangkap layar perbualan individu yang menyamar sebagai Ahmad Zahid untuk meminjam wang daripada kenalan beliau.
Tangkap layar perbualan individu yang menyamar sebagai Ahmad Zahid untuk meminjam wang daripada kenalan beliau.
A
A
A

SHAH ALAM - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan akaun media sosial Telegram dan WhatsApp milik beliau telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara itu disahkan oleh beliau sendiri menerusi satu hantaran di Facebook pada Rabu.

Jelas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, ketika ini beliau sedang dalam proses untuk mendapatkan semula akaunnya.

“Akaun Telegram dan Whatsapp saya telah digodam. Kepada rakan dan kenalan yang menerima mesej tidak berkaitan sila abaikan,” katanya.

Dalam masa sama, Ahmad Zahid turut memuat naik beberapa tangkap layar perbualan individu yang menyamar sebagai diri beliau.

Menerusi perbualan itu, individu dipercayai penggodam akaun tersebut turut meminta bantuan kewangan sebanyak RM5,000 dan disertakan nombor akaun Maybank dengan pemilik nama Zainal Abidin.

“Nak minta tolong boleh ke? Boleh tolong pindahkan duit RM5,000 ye, insya-ALLAH petang sikit saya pindah balik,” katanya menerusi Telegram Ahmad Zahid.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline Ish, sampai macam tu sekali ya... #fyp#TikTokNews#BuletinTikTok#ViralNewsMalaysia#Viral#ZahidHamidi#Hack original sound - Sinar Harian