[VIDEO] Penunggang motosikal nyaris maut dirempuh kereta api

MUMBAI - Seorang penunggang motosikal nyaris terbunuh apabila dia dipercayai menjatuhkan motosikalnya sebelum sebuah kereta api yang sedang bergerak dengan laju merempuh motosikal tersebut di sebuah landasan di Mumbai baru-baru ini.
Kejadian itu dirakamkan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan pada mulanya, penunggang motosikal tersebut mahu melintas sebuah landasan kereta api.
Namun, tiba-tiba, lelaki itu dipercayai menjatuhkan motosikalnya dan dia sempat melarikan diri selepas sebuah kereta api bergerak dengan laju di atas landasan.
Kereta api itu turut merempuh motosikal yang terjatuh itu.
Beberapa pejalan kaki dan penunggang motosikal lain telah berhenti bagi memberi laluan kepada kereta api tersebut.
Namun, penunggang motosikal itu nampaknya menyangka dia mempunyai masa yang cukup untuk menyeberang sebelum kereta api tersebut tiba.
Bagaimanapun, ketika dia mula melintasi, CCTV menunjukkan lampu brek motosikalnya menyala sebelum lelaki itu menoleh ke kiri.
Dia kemudiannya dipercayai menjatuhkan motosikalnya dan melarikan diri ke bahagian kanan.
Namun, motosikal tersebut terhumban ke bahagian tepi landasan selepas ia dirempuh kereta api tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Dulu kaya raya, kini jatuh miskin hingga alami masalah mental
01 November 2026 08:10amIlija Srdanovic dari pakar jantung ke pentas politik Serbia
01 November 2026 07:40amPuluhan ribu rakyat Itali sertai mogok, tuntut kenaikan gaji
01 November 2026 07:33amDoktor palsu rawat 169 pesakit kanser
01 November 2026 07:10amADUN Mata Ayer, Wan Badariah meninggal dunia
31 Oktober 2026 05:32pmKes langgar 'hidup-hidup', polis tahan tiga lelaki tular
31 Oktober 2026 09:45amHasrat ADUN Mata Ayer bawa tiga anak bercuti selepas sidang DUN tidak kesampaian
31 Oktober 2026 09:58pmPelakon veteran Gerak Khas berjaya dapat CGPA 4.00
31 Oktober 2026 04:14pm
