Lee Zii Jia pertaruh pengalaman Indra Wijaya

Lee Zii Jia
Lee Zii Jia
A
A
A

LEE ZII JIA akan berguru dengan bekas pemain perseorangan Indonesia, Indra Wijaya di Kelab Badminton Lee Zii Jia yang ditubuhkan pemain perseorangan lelaki negara tersebut selepas bergerak secara profesional setelah tidak lagi bersama dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Perkembangan terbaru itu dikongsi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker, yang memaklumkan permohonan pemain nombor tujuh dunia berusia 23 tahun untuk penubuhan Kelab Badminton Lee Zii Jia mendapat kelulusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS).

"Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd Yusof di atas kelulusan penubuhan Kelab Badminton Lee Zii Jia.

"Ini sekaligus akan membantu untuk melayakkan Zii Jia mengambil alih peranan jurulatih Indra Wijaya yang akan menamatkan kontraknya bersama BAM pada 31 Mac depan," tulisnya di laman Facebooknya pada Selasa.

Jelas Lian Ker lagi, BAM juga bersedia menyerahkan Indra Wijaya untuk terus membantu Zii Jia bagi meneruskan karier badminton profesional pemain dari Alor Setar tersebut.

"Pejabat saya akan membantu Zii Jia untuk melicinkan proses pendaftaran, permit kerja dan keperluan imigresen. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Zii Jia dan Kelab Badminton Lee Zii Jia yang baru ditubuhkan," katanya.

Artikel Berkaitan: