X

Kindly register in order to view this article
!

28 NGO serah memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi New Zealand

A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 28 badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi New Zealand ke negara ini untuk menyatakan kebimbangan dan menunjukkan dolidariti rakyat Malaysia berikutan serangan pengganas di Christchurch, New Zealand, baru-baru ini.

Memorandum yang tujukan kepada Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern itu, diserahkan oleh wakil NGO berkenaan, Mohamad Zaidi Nordi, kepada bakal Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia Hunter Nottage di pejabatnya di Menara IMC, di sini.

Mohamad Zaidi, yang juga jurucakap Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), berkata mereka mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas itu dan menggesa kerajaan New Zealand agar berbuat sesuatu untuk mengekang puak ekstremis daripada menggugat keamanan negara.

"Ia bukan semata-mata satu perbuatan jenayah tetapi satu serangan keganasan terhadap komuniti tertentu," kata beliau kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu kepada Nottage.

Mohamad Zaidi berkata antara intisari memorandum ialah menggesa kerajaan New Zealand mencegah kempen Islamophobia dan anti-Islam daripada berleluasa dalam kalangan rakyatnya serta melaksanakan dasar kewujudan bersama secara aman.

Sementara itu, Nottage berkata memorandum itu akan diserahkan kepada perdana menteri negaranya secepat mungkin.

Menurut laporan media, serangan pengganas di Masjid Al Noor Mosque dan Masjid Linwood di Christchurch ketika umat Islam menunaikan solat Jumaat pada 15 Mac lepas meragut 50 nyawa dan menyebabkan lebih 40 yang lain cedera. -Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!