Fahmi Reza akan didakwa lagi di mahkamah

Fahmi Reza sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis ini berhubung satu hantaran grafik yang dimuat naik di media sosialnya.
Fahmi Reza sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis ini berhubung satu hantaran grafik yang dimuat naik di media sosialnya.
A
A
A

SHAH ALAM - Pereka grafik dan aktivis masyarakat, Fahmi Reza sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis ini berhubung satu hantaran grafik yang dimuat naik di media sosialnya.

Menerusi ciapannya di Twitter pada lewat petang Isnin, Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin, 45, berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan dia didakwa di mahkamah sebanyak dua kali untuk bulan ini.

"Dua dakwaan mahkamah dalam satu bulan!" katanya.

Pada 8 Februari lalu, Fahmi Reza didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan membuat komunikasi jelik berhubung peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari luar negara.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar, membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Ia dibuat melalui perkhidmatan aplikasi Twitter menggunakan laman profil Twitter Fahmi Reza atau@kuasasiswa pada jam 3.02 petang, 10 Februari 2021.

Bagaimanapun, dia mengaku tidak bersalah dan mahkamah membenarkannya diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Mac depan.

Pada 16 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan Fahmi Reza dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa menggambarkan imej Jata Pahang yang disunting dengan perkataan 'House of Balak'.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Fahmi Reza sememangnya dikenali sebagai aktivis yang lantang mengkritik pihak berkuasa termasuk pernah melukis karikatur badut yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2016.