Polis siasat Fahmi Reza

Abd Jalil
Abd Jalil
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap aktivis, Fahmi Reza berkaitan imej seakan jata Pahang dengan perkataan 'house of balak' yang dimuat naik di laman sosialnya pada 3 Januari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan djalankan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana kecenderungan menghasut.

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Abd Jalil berkata, suspek telah dipanggil ke pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang - Undang (d5) JSJ Bukit Aman pada Selasa bagi membantu siasatan.

"Orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat yang boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.

"Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam," ujarnya.

Artikel Berkaitan: