[VIDEO] Remaja perempuan 15 tahun dituduh bunuh bayi

Remaja perempuan (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa atas pertuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya.
Remaja perempuan (kiri) didakwa di Mahkamah Majistret Kemaman pada Selasa atas pertuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya.
A
A
A

KEMAMAN – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya pada minggu lalu.

Tertuduh yang masih lagi berpantang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Mengikut pertuduhan, remaja berkenaan didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ke atas bayi yang dilahirkannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di antara jam 7 hingga 9 pagi pada 8 Februari lalu di sebuah rumah di daerah ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Azhani Azman manakala tertuduh diwakili peguam, Nurainie Haziqah Shafii.

Mahkamah kemudian menetapkan 16 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selasa lalu, seorang bayi yang baharu dilahirkan ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh ibunya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kemaman.

Artikel Berkaitan:

Bayi lelaki yang cukup sifat itu dipercayai ditikam di bahagian dada kiri dengan objek tajam oleh suspek yang berusia 15 tahun.

@sinarharianonline Seksyen 302 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan #fyp#TikTokNews#BuletinTikTok#TikamBayi#Remaja original sound - Sinar Harian