Dua beradik maut dalam kemalangan di Tanjong Karang

Keadaan dua buah kereta yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Bernam-Tanjong Karang pada Isnin.
Keadaan dua buah kereta yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Bernam-Tanjong Karang pada Isnin.
A
A
A

TANJONG KARANG - Dua beradik perempuan maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Jalan Bernam-Tanjong Karang di sini pada Isnin.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Norhidayah Marsom, 20, dan kakaknya, Sha Sabarina Marsom, 27.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan membabitkan dua kereta iaitu jenis Toyota Camry dan Mercedes-Benz.

"Mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah Sha Sabarina, manakala Norhidayah meninggal dunia di Hospital Tanjong Karang.," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Norazam berkata, mangsa yang memandu Mercedes-Benz pula mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan: