Pasangan kekasih ditahan edar dadah

Mohd Zaid
Mohd Zaid
A
A
A

KAJANG - Polis menahan sepasang kekasih di sebuah hotel di sini kerana disyaki terlibat dengan pengedaran dadah pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an dan 40-an itu ditahan pada jam 12.30 tengah hari.

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas 13 peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM 2,379," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Menurut Mohd Zaid, pasangan kekasih itu telah dibawa ke Balai Polis Kajang dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: