Pemuda BN kemuka 15 calon dalam PRN Johor

Asyraf Wajdi (tengah) menampal pelekat sebagai simbolik perasmian program Pick Kids Pengangkutan Awam Percuma Khusus Untuk Penduduk Pasir Gudang di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pada Ahad.
Asyraf Wajdi (tengah) menampal pelekat sebagai simbolik perasmian program Pick Kids Pengangkutan Awam Percuma Khusus Untuk Penduduk Pasir Gudang di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, pada Ahad.
A
A
A

PASIR GUDANG - Pemuda Barisan Nasional (BN) menawarkan lebih 15 calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Pemuda BN, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, senarai calon berkenaan sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan sedang menunggu untuk dimuktamadkan.

"Calon-calon yang kita kemukakan ini merupakan mereka yang boleh menang, diterima dan disukai ramai pengundi. Apa yang paling penting calon kita mampu berkhidmat kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar selepas program Pick Kids Pengangkutan Awam Percuma Khusus Untuk Penduduk Pasir Gudang di Pejabat UMNO Bahagian Pasir Gudang, Bandar Seri Alam di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Pemuda BN Bahagian Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros.

Pada Rabu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)mengumumkan hari penamaan calon bagi PRN tersebut ditetapkan pada 26 Februari ini manakala undi awal pada 8 Mac depan manakala pembuangan undi pula 12 Mac.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berharap UMNO dan BN secara umumnya akan menampilkan lebih ramai calon muda dan baharu seperti dalam PRN Melaka apabila menampilkan lebih 80 peratus calon muda dan baharu.

Beliau berkata, Pemuda BN tidak hanya memberi tumpuan di kawasan yang akan mereka ditandingi sebaliknya semua kerusi yang ditandingi gabungan itu bagi memastikan kemenangan besar dalam PRN.

Ditanya usaha Pemuda BN meningkatkan peratusan keluar mengundi pada PRN Johor, beliau berkata, strategi dan gerak kerja pemuda sama seperti PRN Melaka.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan bergerak di peringkat cawangan. Kita ada 1,781 cawangan di seluruh Johor dan pemuda-pemuda BN di peringkat cawangan ini sudah pun bergerak dan mendampingi pelbagai anak muda yang pelbagai.