Penjaga, pengunjung pusat hiburan dikompaun RM81,000

Seramai 81 individu termasuk dua penjaga premis dikompaun sebanyak RM81,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara pada Sabtu.
Seramai 81 individu termasuk dua penjaga premis dikompaun sebanyak RM81,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 81 individu termasuk dua penjaga premis dikompaun sebanyak RM81,000 dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Plaza Damansara, Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, serbuan dijalankan dijalankan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields kira-kira jam 11.24 malam.

"Individu yang dikompaun terdiri daripada seramai 55 lelaki dan 26 perempuan warga tempatan telah dikenakan tindakan kompaun kerana gagal mematuhi SOP Pelan Pemulihan Negara 2021.

"Jumlah kompaun yang dikeluarkan oleh polis dalam serbuan kali ini bernilai RM 81,000," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, 11 individu terdiri daripada penjaga dan pengunjung pusat hiburan berkenaan turut diberkas.

"Seorang lelaki tempatan berumur 31 tahun yang merupakan penjaga premis dan enam pekerja lelaki warganegara asing berumur antara 25 hingga 34 tahun ditahan kerana menjalankan perniagaan pusat hiburan tanpa lesen.

"Selain itu, seramai empat pelanggan premis terdiri daripada seorang perempuan warga asing berumur 21 tahun dan tiga lelaki warga asing berumur antara 18 hingga 27 tahun telah ditangkap kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara," katanya.

Menurutnya, serbuan dijalankan turut merampas beberapa peralatan di premis berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Rampasan melibatkan resit perniagaan, risalah senarai harga, minuman keras, monitor, papan kekunci dan pelbagai aksesori/peralatan muzik.

"Kes disiasat di bawah seksyen dan peraturan antaranya Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan 1952, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 76 Akta Eksais 1976.

"Selain itu siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 17 PPDPP Berjangkit (PPN) Fasa 4 2021; dan Seksyen 22(b) Akta 342 Kawalan Penyakit Berjangkit," katanya.