22 PATI ditahan cuba masuk Malaysia

Bot pom pom yang ditahan kerana menjalankan aktiviti penyeludupan migran pada Sabtu.
Bot pom pom yang ditahan kerana menjalankan aktiviti penyeludupan migran pada Sabtu.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1, Pelabuhan Klang berjaya menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang tekong serta dua pembantu tekong pada kedudukan 6.8 nautika perairan Sungai Buloh di sini pada Sabtu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Asisten Komisioner Shamsol Kassim berkata, kesemua PATI warga Indonesia berusia 20 hingga 53 itu tidak mempunyai dokumen sah dan dipercayai cuba memasuki Malaysia melalui jalan laut tanpa melalui jalan yang diwartakan.

Menurutnya, hasil maklumat awal, kesemua mereka dikenakan bayaran untuk masuk ke Malaysia dengan bayaran 4 juta rupiah (RM 1, 200) hingga 5 juta rupiah (RM1, 500) yang dibayar kepada ejen di Indonesia.

"Tekong dan awak-awak serta PATI diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor untuk tindakan lanjut.

Polis Marin berjaya menahan bot pom pom yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran.
Polis Marin berjaya menahan bot pom pom yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran.

" Kes disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, serbuan itu dilakukan berdasarkan maklumat mengenai bot tersebut yang menjalankan aktiviti penyeludupan migran dipercayai memasuki Malaysia melalui jalan tidak diwartakan.

"Sepasukan polis marin menggunakan dua bot ronda PGR29 dan Spear 2 terlibat dalam serbuan ke atas bot pom pom tersebut pada jam 6.30 pagi.

"Dalam kejar mengejar tersebut, bot terbabit terkandas selepas mengalami kebocoran serta kerosakan enjin di lokasi kejadian sebelum berjaya dipintas oleh pasukan polis marin," katanya.

Katanya, kesemua PATI itu dibawa balik ke pangkalan marin untuk urusan dokumentasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.