Manchester City terus tinggalkan Liverpool

Sterling pencetak gol Manchester City ketika berdepan Norwich City di Carrow Road.
Sterling pencetak gol Manchester City ketika berdepan Norwich City di Carrow Road.
A
A
A

PENYANDANG juara, Manchester City meneruskan kempen pemburuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan momentum positif apabila membelasah kelab bawahan Norwich City 4-0 di Carrow Road.

Pada perlawanan itu, Raheem Sterling tampil menjaringkan hatrik dengan gol minit ke-31', 70', 90', selain buah tangan minit ke-48, Phil Foden sekali gus melebarkan kelebihan 12 mata ke atas pesaing sensasi Liverpool.

Kemenangan anak buah Pep Guardiola itu menyaksikan The Citizens memenangi 14 daripada 15 perlawanan terakhir liga.

"Kami memerlukan lebih banyak mata selepas ini kerana kami tahu momentum pesaing terdekat ketika ini ialah Liverpool.

"Saya percaya Liverpool tidak akan kehilangan banyak mata berdasarkan kualiti yang dimiliki pada ketika ini. Liverpool memiliki skuad terbaik sejak sedekad lalu menyebabkan kami tiada pilihan kecuali meraih lebih banyak mata baki perlawanan," kata Guardiola.

KEPUTUSAN

Norwich City 0-4 Manchester City

Sterling 31', 70', 90'

Artikel Berkaitan:

Foden 48'

Manchester United 1-1 Southampton

Sancho 21'

Adams 48'

Everton 3-0 Leeds United

Coleman 10'

Keane 23'

Gordon 78'

Brentford 0-0 Crystal Palace

Watford 0-2 Brighton

Maupay 44'

Webster 82'