Generasi muda bentuk landskap politik baharu negara

Mahathir Mohd Rais
Mahathir Mohd Rais
A
A
A

RAKYAT sekali lagi diberi peluang untuk memilih pemimpin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Mac akan datang.

Sistem demokrasi di Malaysia adalah sistem adil yang membolehkan rakyat tahu tentang kuasa sebenar yang terletak di tangan mereka.

Kuasa ini diiktiraf oleh ahli politik dan sebab itulah, janji palsu dan langkah terdesak dibuat untuk memanipulasi rakyat negara ini.

Untuk PRN kali ini, ada beberapa perkara yang boleh kita jangkakan. Pertama, kira-kira 700,000 pengundi baharu telah berdaftar dan kebanyakannya terdiri daripada generasi muda.

Ini pada asasnya bermakna perubahan akan berlaku kepada senario pengundian biasa kerana kebanyakan generasi muda berfikiran terbuka.

Mereka lebih terbuka ke arah menerima perubahan dan menentang ketidaksamaan yang menyebabkan begitu banyak penderitaan kepada ramai orang.

Sama seperti kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini yang menyatakan bahawa kebanyakan ahli politik keluar dari parti mereka selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri ke-7 pada 2019 ketika wabak Covid-19 mula menular.

Kita tidak pernah kecewa mereka keluar daripada parti, sebaliknya kita patut bergembira kerana mereka menunjukkan betapa tidak bergunanya mereka.

Artikel Berkaitan:

Ahli-ahli politik ini membuktikan kepada kita bahawa mereka berada di bawah status ‘politik’ hanya untuk duit semata-mata. Perjuangan mereka tidak pernah untuk rakyat negara ini.

Pakatan Harapan (PH) juga sama sahaja. Apabila ketua mereka didapati bersalah dalam kes tertentu yang memalukan, dia dimaafkan begitu sahaja tanpa sebarang pengajaran.

Mereka mengikut emosi dan memaafkan sesiapa sahaja yang memberi manfaat sahaja. Mereka yang berfikiran korup ini adalah orang-orang yang sama yang memberi kita janji kosong selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Pembohongan yang dibuat adalah amat memalukan. Mereka menjanjikan jumlah bantuan kewangan yang banyak kepada rakyat, tetapi akhirnya hanya RM30 sahaja yang diberi.

Selain itu, ketidakstabilan di bawah kerajaan PH adalah jelas. Isu yang kecil diperbesarkan. Adakah ini benar-benar jenis kepimpinan yang kita inginkan daripada pihak berkuasa?

Sejujurnya, Perikatan Nasional (PN) telah digelar ‘katak’ oleh beberapa pihak. Orang berkata begitu kerana ahli politik dalam parti kami meninggalkan PH semasa Tun Dr Mahathir meletak jawatan.

Punca kegagalan pemerintahan Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula adalah kerana beliau tidak pernah diberi peluang untuk memimpin seperti pemimpin terdahulu yang lain.

Beliau diletakkan dalam situasi sukar iaitu perlu berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Namun begitu, Pengerusi PN itu tidak pernah terlibat dalam kontroversi yang teruk. Beliau tidak sempurna, tetapi cinta beliau terhadap rakyat adalah jelas.

Beliau sentiasa tenang dan mendengar tuntutan ahli-ahli parlimen yang tidak bertanggungjawab apabila mereka memaksa beliau untuk meletak jawatan.

Parti politik baharu seperti Parti Ikatan Demokratik (Muda) merupakan tambahan baharu kepada trend yang menyaksikan golongan milenial membawa diri mereka ke arah negara yang lebih baik.

Janji yang dibuat kepada ahli muda adalah memastikan suara mereka didengari. Tidak dinafikan, parti itu jelas menyasarkan kumpulan anak muda berpusat di bandar untuk mendapatkan sokongan.

Walau bagaimanapun, kebanyakkan kumpulan anak muda bandar ini mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh.

Strategi Muda untuk menjangkau anak-anak muda di bandar dan latar belakang kewangan yang kukuh nampaknya tidak jelas dan masih tidak kukuh.

Adakah Muda hanya akan membawa suara golongan belia yang berpusatkan bandar dan mereka yang mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh? Bagaimana pula dengan suara anak muda diluar bandar? Nampaknya Muda perlu menilai semula ideologi politik mereka.

Siapa pun yang dipilih rakyat semasa PRN Johor nanti mesti menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pemimpin. Ini kerana Rakyat Malaysia sudah menghadapi begitu banyak penderitaan, cukuplah.

Sudah tiba masanya kita mengubah ideologi lama dan mengundi pemimpin yang setia dan sanggup berkorban dengan rakyat mereka.

* Mahathir Mohd Rais Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Segambut