Penduduk gempar jumpa mayat reput

Mayat seorang lelaki ditemui lebih kurang 100 meter daripada jeti di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 dalam keadaan terapung pada Sabtu.
Mayat seorang lelaki ditemui lebih kurang 100 meter daripada jeti di Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 dalam keadaan terapung pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Penduduk Kampung Sungai Sireh Tambahan 2 di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung pada Sabtu.

Ketua Nelayan Kampung Sungai Sireh Tambahan 2, Satarudin Kamal, 54, berkata, mayat dalam keadaan reput tersebut ditemui kira-kira jam 10.50 pagi.

"Saya dimaklumkan oleh nelayan di sini berkaitan penemuan mayat tersebut lebih kurang 100 meter daripada jeti dalam keadaan terapung.

"Saya bersama beberapa anggota polis dan nelayan menarik mayat tersebut ke jeti," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat dibawa ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat," katanya.

Artikel Berkaitan: