Rangkaian 5G: Tiada siapa harus mendahului kabinet

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

SHAH ALAM - Dasar muktamad mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dalam negara akan diputuskan oleh kabinet, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mendahului keputusan kabinet dalam pelaksanaan rangkaian 5G nasional di negara ini.

“Dasar muktamad mengenai pelaksanaan 5G akan diputuskan kabinet, setelah mendapat ulasan dari semua kementerian dan agensi.

“Saya harap tiada sesiapa pun harus mendahului kabinet. Kabinet akan memutuskannya berdasarkan apa yang terbaik bagi industri dan negara,” ciapnya di Twitter pada Sabtu.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Digital Nasional Bhd, Ralph Marshall berkata, pelaksanaan rangkaian 5G nasional tidak boleh diserahkan kepada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) sedia ada.

Katanya, ini kerana ia mungkin akan ditangguhkan sehingga mereka dapat mengaut lebih banyak keuntungan daripada pelaburan rangkaian 4G sedia ada.

“Syarikat telekomunikasi mahu terus mengaut keuntungan daripada rangkaian 4G dimiliki kerana ia memberikan pulangan yang amat lumayan,” ujarnya.

Marshall turut memberi bayangan bahawa pelancaran rangkaian 5G sebuah MNO akan ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun 2024, berbanding jangkaan asal pada 15 Disember 2021, apabila perkhidmatan 5G disediakan di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya.

Artikel Berkaitan: