Tangguh program sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Labuan

Jalaluddin (kiri) memberikan sayur percuma kepada orang ramai pada program tersebut.
Jalaluddin (kiri) memberikan sayur percuma kepada orang ramai pada program tersebut.
A
A
A

JELEBU - Kementerian Wilayah Persekutuan menangguhkan sementara beberapa program sambutan Hari Wilayah Persekutuan bagi Labuan susulan berlaku peningkatan kes positif Covid-19 di pulau berkenaan.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kadar kebolehjangkitan (Rt) dengan nilai 2.17 yang direkodkan pada Khamis.

"Kadar Rt itu merupakan tertinggi di negara ini seperti diumum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini.

"Pelbagai program telah disusun pada hari berkenaan antara Kenduri Wilayah Persekutuan, Pertandingan Tarian Zapin, Citra Budaya Muzikal, dan Pertandingan Battle Of The Band," selepas selesai Program Jualan Keluarga Malaysia di Dataran Simpang Pertang, pada Sabtu.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Pertang, Noor Azmi Yusof dan ADUN Sungai Lui, Mohd Razi Mohd Ali.

Katanya, pihak kementerian sudah mengambil langkah sewajarnya dengan menangguhkan sementara program yang sebelum ini sudah disusun lebih awal.

"Program yang ditangguhkan itu akan diadakan semula sekiranya keadaan di Labuan bertambah baik," katanya.

Dalam pada itu, Jalaluddin turut menggesa penduduk di Labuan lebih berhati-hati dan mengambil pendekatan lebih serius bagi memastikan Covid-19 dapat dikawal sekali gus dicegah daripada terus merebak.

Artikel Berkaitan: