SOP PRN Johor umum sebelum penamaan calon: SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya
Suruhanjaya Pilihan Raya
A
A
A

JOHOR BAHRU - Prosedur operasi standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kini dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan dan akan diumumkan sebelum hari penamaan calon, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ketua Komunikasi Korporat SPR, Mohammad Azlan Charles Abdullah berkata, SPR akan mengumumkan SOP berkenaan melalui kenyataan media selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM)dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terbaharu berhubung SOP PRN Johor selepas Taklimat SPR Bersama Petugas Media Sempena PRN Johor pada Jumaat.

Sementara itu, beliau berkata taklimat bersama petugas media itu dilakukan bagi memastikan kelancaran sepanjang membuat liputan PRN Johor.

"Kita berkongsi dengan media apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang membuat liputan, bagaimanapun SOP belum lagi dikeluarkan...jadi kita masih menunggu,” katanya.

SPR menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor, manakala tarikh penamaan calon bagi pilihan raya pula pada 26 Februari dan pengundian awal pada 8 Mac. - Bernama

Artikel Berkaitan: