PBM sedia jalin kerjasama dengan parti lain

Nor Hizwan
Nor Hizwan
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Bangsa Malaysia (PBM) sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Setiausaha Agung PBM, Nor Hizwan Ahmad berkata, sebagai sebuah parti baharu, gabungan parti lain bersama PBM dapat membantu parti itu bergerak secara lebih berkesan.

"Setiap parti politik mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri dan yang pentingnya ialah berkongsi cita-cita sama untuk memanfaatkan kekuatan dalam mencapai sinergi perkhidmatan kepada pengundi.

"Setiap parti boleh memainkan peranan berbeza dalam landskap politik untuk berkhidmat kepada rakyat," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Nor Hizwan berkata, parti politik tidak seharusnya mementingkan persaingan melampau selain perlu melengkapi antara satu sama demi kebaikan negara.

"Sejarah menunjukkan politik 'perkahwinan kemudahan' boleh menjadi sangat tidak stabil dalam jangka panjang dan merugikan rakyat.

"Kita memerlukan tetapan semula kebangsaan dalam pemikiran dan membebaskan diri daripada idea lama yang tidak membawa kebaikan," katanya.

Justeru menurut beliau, PBM berpegang kepada enam teras iaitu penglibatan berbilang kaum, pemerkasaan wanita dan belia, pembangunan ekonomi, pendidikan dan kemajuan sains serta teknologi.

Artikel Berkaitan: