PRN Johor: Pas sudah ada anggaran kerusi

Abdul Hadi ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila pada Jumaat.
Abdul Hadi ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila pada Jumaat.
A
A
A

MARANG - Pas sudah mempunyai anggaran jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.

Bagaimanapun Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penentuan kerusi itu akan dibincangkan bersama rakan pakatan dalam Perikatan Nasional (PN).

"Anggaran (jumlah kerusi) sudah ada, kita akan dengar dari Pas Johor dan Pas Pusat akan menilai dengan turun ke kawasan yang patut kita bertanding nanti," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.

No Image Caption

Menurut Abdul Hadi, Pas akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor menggunakan tiket PN dan calon yang akan mewakili parti itu sedang dikenal pasti.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, antara kriteria yang akan dipilih Pas sebagai calon ialah individu yang adil dan tidak bersifat fasiq.

"Selain itu, calon mesti berpengetahuan luas dan mampu menjalankan tugas dengan baik," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai tarikh PRN Johor bagi mengisi kekosongan 56 kerusi DUN.

Artikel Berkaitan: