Harimau betina kaki tiga diburu di Thailand

Satu rakaman video menunjukkan seekor harimau berkaki tiga berjalan melalui hutan di Taman Negara Khao Laem di Kanchanaburi, barat Thailand pada 6 Februari lalu. - Foto Freeland/IUCN/AP
Satu rakaman video menunjukkan seekor harimau berkaki tiga berjalan melalui hutan di Taman Negara Khao Laem di Kanchanaburi, barat Thailand pada 6 Februari lalu. - Foto Freeland/IUCN/AP
A
A
A

BANGKOK - Seekor harimau berkaki tiga kini sedang dicari oleh pasukan renjer Thailand di hutan terpencil di sempadan Myanmar.

Pada awal minggu ini, kakitangan-kakitangan dari sebuah organisasi perlindungan hidupan liar, Freeland telah melihat haiwan itu menerusi video yang dirakamkan oleh kamera yang dikendalikan dari jarak jauh di Taman Negara Khao Laem, wilayah Kanchanaburi ketika ia mendekati bangkai seekor kerbau.

Kaki kanan belakangnya kelihatan telah hilang dalam rakaman video tersebut.

Kamera itu merakamkan haiwan berkenaan berjalan mundar-mandir di sekeliling bangkai haiwan tersebut pada malam Ahad lalu di dalam hutan tebal.

Justeru, pakar Freeland berasa takut harimau betina yang bergerak perlahan itu dan digelar sebagai 'I-Douan' bermaksud 'yang dipotong' akan menjadi sasaran pemburu haram atau menjadi mangsa kelaparan.

Organisasi Freeland yang bekerjasama dengan Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand berharap dapat memindahkan harimau tersebut ke kemudahan kerajaan yang mana ia boleh mendapat makanan dan keselamatan binatang itu yang terjamin.

Ia juga berharap ubat penenang dapat ditembak ke atas haiwan itu sebelum ia terlibat dengan proses pemindahan. - Agensi

Artikel Berkaitan: