Sindiket perlombongan bitcoin tumpas

Kamarul Zaman (kanan) menunjukkan peralatan digunakan sindiket perlombongan bitcoin untuk mencuri bekalan elektrik.
Kamarul Zaman (kanan) menunjukkan peralatan digunakan sindiket perlombongan bitcoin untuk mencuri bekalan elektrik.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan sindiket curi bekalan elektrik bagi perlombongan bitcoin menerusi serbuan di tiga buah premis sekitar bandar raya ini pada Ahad dan Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam operasi itu seramai lima lelaki tempatan dan seorang wanita diberkas masing-masing berusia 40 hingga 52 tahun.

"Sebanyak 250 unit mesin melombong bitcoin berjaya dirampas melibatkan rampasan sebanyak RM375,000.

"Dengan tertangkapnya kesemua suspek polis percaya dapat menumpaskan sindiket yang mencuri arus elektrik bagi perlombongan bitcoin sejak awal tahun lalu.

"Penggunaan bekalan elektrik tanpa rekod itu menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengalami kerugian kira-kira RM390,582,"katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Jelasnya, kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan.

Selain itu, TNB turut mengambil tindakan di bawah Seksyen 37(3) Akta Bekalan Elektrik 1990 ke atas pemilik akaun berdaftar.

Artikel Berkaitan: