Tujuh ahli sindiket dadah guna kurier ditahan

Kamarul Zaman menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket yang menggunakan kurier pada sidang akhbar di IPK Khamis.
Kamarul Zaman menunjukkan dadah yang dirampas daripada sindiket yang menggunakan kurier pada sidang akhbar di IPK Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor pada Sabtu lalu menumpaskan sindiket penyeludupan dadah menggunakan khidmat syarikat penghantaran menerusi operasi khas di Jalan Tebrau dan sekitar bandar raya ini

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, seramai lima lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 22 hingga 56 tahun ditahan dalam operasi bermula jam 3 petang itu.

Menurutnya, sebanyak 17.70 kilogram (kg) dadah jenis magic mushroom dan 3.02kg serbuk ekstasi bernilai RM1.04 juta berjaya dirampas.

"Modus operandi sindiket ini adalah menghantar dadah menggunakan perkhidmatan kurier untuk pasaran semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Siasatan awal mendapati sindiket itu beroperasi sejak November tahun lalu dan disyaki menerima bekalan dari negara luar.

"Turut disita tiga buah kenderaan serta wang tunai RM21,850," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini pada Khamis.

Kamarul Zaman berkata, hasil semakan mendapati lima suspek memiliki rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala dua daripada mereka positif methamphetamine.

Jelasnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 6 sehingga 12 Februari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: