X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Mohd Shafiq dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

Mohd Shafiq (kanan) dilantik berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
A
A

SHAH ALAM - Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam berkuat kuasa pada Khamis.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Mohd Shafiq telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, pelantikan itu juga berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Saya yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Shafiq telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Disember 1992.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!