Penanaman Pokok Bakau

No Image Caption
A
A
A

Pekerja kontrak Roslan Sualeh, 45, melakukan kerja-kerja penanaman anak pokok bakau di kawasan sepanjang pantai Kerupang-Nagalang, Labuan, ketika ditemui hari ini.

Penanaman pokok bakau itu adalah satu projek Perbadanan Labuan (PL) di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dalam menjayakan Program Penghijauan Malaysia: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok bagi tempoh 2021 hingga 2025.

Spesis Bakau Minyak, Bakau Kurap, Bakau Putih dan Api-Api Hitam adalah antara spesies pokok bakau yang ditanam di sini.

Pokok bakau dapat mengurangkan risiko hakisan dan bertindak sebagai benteng untuk memecah dan menahan pukulan ombak di sepanjang pesisir pantai tersebut.

Selain menyediakan habitat penting kepada pelbagai flora dan fauna termasuk hidupan marin, pokok bakau secara tidak langsung ia dapat meningkatkan tangkapan nelayan di pulau berkenaan.

Seterusnya hutan paya bakau ini juga nanti berupaya mengawal dan melindungi kualiti air di kawasan yang terlibat dengan pasang surut. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Pulau Kucing

No Image Caption
GALERI

Pasar Karat Kuala Lumpur

No Image Caption
GALERI

Suasana selepas PRK KKB

No Image Caption
GALERI

Forum Ekonomi Qatar