Idris Ahmad kini bergelar Datuk

Poster di Facebook Pas pada Selasa.
Poster di Facebook Pas pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.

Pengurniaan tersebut telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2022, di Istana Negara, pagi Selasa.

Dalam pada itu, Parti Pas menerusi Facebook rasminya, turut merakam ucapan tahniah buat Idris yang juga merupakan Naib Presiden Pas atas pengurniaan Darjah Kebesaran (PMW) tersebut.

"Semoga Senator Datuk Idris Ahmad terus teguh dan dipermudahkan segala urusan dalam berbakti kepada agama, bangsa dan negara," kata Pas.

Artikel Berkaitan: