Pemimpin komuniti Islam di NZ rancang pengebumian besar-besaran

Pekerja menyediakan kubur untuk korban serangan masjid di Christchurh pada Jumaat lalu. - Foto AFP
Pekerja menyediakan kubur untuk korban serangan masjid di Christchurh pada Jumaat lalu. - Foto AFP
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. Pemimpin kanan komuniti Islam di New Zealand bercadang mengadakan pengebumian kebangsaan untuk 50 mangsa yang menjadi korban serangan pengganas di masjid Christchurch, Jumaat lalu.

Bercakap kepada akhbar Herald, rancangan mengadakan satu pengebumian besar buat kesemua mangsa sedang berjalan, namun satu sumber lain berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan diputuskan oleh ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Sementara itu, di tapak Perkuburan Memorial Park yang ditadbir Majlis Bandaraya Christchurch, sedang dijalankan proses menggali kubur di kawasan yang dikhaskan buat penduduk Muslim.

"Kami bekerjasama rapat dengan pihak polis dan koroner untuk memudahkan proses pengebumian," kata jurucakap majlis sambil menambah keseluruhan proses diketuai pihak polis.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Jacinda Ardern berharap kesemua mayat mangsa dapat dihantar kepada keluarga masing-masing menjelang esok.- nzherald

Artikel Berkaitan: