Peguam rugi RM115,000 diperdaya Macau Scam

Seorang peguam kerugian RM115,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan sebuah bank. - Gambar hiasan (Gamabr kecil: Aibee)
Seorang peguam kerugian RM115,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan sebuah bank. - Gambar hiasan (Gamabr kecil: Aibee)
A
A
A

SEREMBAN - Seorang peguam kerugian RM115,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai kakitangan sebuah bank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superitendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa berusia 54 tahun telah menerima panggilan telefon daripada suspek pada Isnin.

"Suspek memberitahu terdapat satu kad kredit yang didaftarkan atas nama mangsa didapati melakukan transaksi mencurigakan.

"Namun mangsa memberitahu tidak pernah membuat sebarang kad kredit dengan bank tersebut. Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang wanita yang menyamar sebagai kakitangan Bank Negara, kononnya dapat membantu mangsa menyelesaikan masalah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, mangsa disarankan untuk menghubungi seorang pegawai Bank Negara bernama 'Jeffrey' melalui WhatsApp di talian 011-31828952.

"Melalui panggilan telefon, mangsa telah memberikan maklumat tiga akaun bank miliknya kepada suspek, termasuk nombor ID pengguna perbankan dalam talian, nombor pin dan nombor kad.

"Mangsa juga telah memberikan nombor kod pengesahan transaksi (TAC) yang diterima namun sedar ditipu apabila terdapat penukaran maklumat 'online banking' miliknya.

"Selain itu telah berlaku beberapa transaksi dari ketiga-tiga akaun miliknya yang keseluruhan berjumlah RM115,000," katanya.

Artikel Berkaitan: