[VIDEO] Longgarkan SOP kempen PRN Johor: Muhyiddin

Muhyiddin - Foto Bernama
Muhyiddin - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan diharap memberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam pelaksanaan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran tersebut membolehkan sistem demokrasi berjalan dengan lebih telus.

"Mereka yang terlibat dengan PRN diberi peluang untuk berkempen tetapi dengan batas-batas tertentu," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara, dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita adakah SOP PRN Johor turut dibincangkan pada mesyuarat tersebut.

"Mesyuarat ini tidak terlibat dengan soal pilihan raya," katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi 'lampu hijau' PRN Johor boleh diteruskan meskipun negara menyaksikan peningkatan kes jangkitan Covid-19 akibat varian Omicron.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) telah memuktamadkan syor SOP PRN Johor dan sudah dikemukakan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN), seterusnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dewan Negeri Johor (DUN) Johor dibubar pada 22 Januari lalu bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu yang mana kerajaan Johor memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 di blok pembangkang.

Artikel Berkaitan: