Benam Brighton jadi bekal semangat Spurs berdepan Southampton

Conte - Foto Getty Images
Conte - Foto Getty Images
A
A
A

KEMENANGAN 3-1 ke atas Brighton pada pusingan keempat Piala FA diharap menjadi bekal semangat bagi kesebelasan Tottenham Hotspur untuk berdepan Southampton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Khamis.

Pengendali Spurs, Antonio Conte menyifatkan skuad kendaliannya itu perlu menewaskan skuad The Saints bagi mengukuhkan lagi kedudukan dalam carta EPL musim ini.

“Kita kini agak tercicir dan ia memberikan gambaran untuk kita segera bangkit dan kembali berada pada kedudukan di mana sepatutnya kita berada.

“Kita telah melakukannya pada saingan Piala FA dengan menewaskan Brighton dan kini kita perlu melakukannya sekali lagi (menang).

“Oleh itu, kemenangan ke atas Southampton diharap mampu melonjakkan semula pasukan kita kepada kedudukan lebih baik,” katanya.

Tottenham Hotspur kini berada pada kedudukan ketujuh EPL dengan 36 mata berbanding Southampton yang meraih 25 mata pada kedudukan ke-12.

Sementara itu, Conte turut berharap agar kapten skuad The Lilywhites, Harry Kane dapat meneruskan aksi cemerlang ketika berdepan Southampton.

Malah katanya, sentuhan penyudah Kane di depan pintu gol lawan juga diharap ‘menjadi’ bagi memastikan misi kemenangan pada perlawanan berkenaan menjadi realiti.

Artikel Berkaitan:

“Kita ada beberapa pemain baharu seperti Dejan Kulusevski dan Rodrigo Bentancur bagi membantu memperkuatkan pasukan dan seterusnya meledakkan jaringan.

“Bagaimanapun, dalam masa sama kita juga mahu Kane meneruskan aksi mantapnya dengan menjaringkan gol buat pasukan,” katanya.