Penyelia didakwa muat naik gambar, video lucah

Tertuduh (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen pada Selasa kerana memuat naik kandungan gambar dan video lucah lima tahun lalu.
Tertuduh (kanan) didakwa di Mahkamah Sesyen pada Selasa kerana memuat naik kandungan gambar dan video lucah lima tahun lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penyelia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa kerana memuat naik kandungan gambar dan video lucah lima tahun lalu.

Tertuduh, Ahmad Tarmizi Mohd yang berdepan dengan dua pertuduhan membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Nooriah Osman.

Sejurus pengakuan direkodkan, Nooriah menetapkan 28 Februari depan sebagai tarikh fakta kes dan hukuman serta membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan pertuduhan, pemuda berusia 28 tahun itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang lucah dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan menggunakan perkhidmatan aplikasi Google Drive dan dilihat pengadu pada jam 12 malam, 11 Mei 2017 di sebuah rumah Kampung Sena, Kuala Terengganu.

Bagi pertuduhan itu, Ahmad Tarmizi didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Nazrul Nizan Mohd Zameri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: