11 kes Covid-19 dikesan di Olimpik Beijing


Sebanyak 11 kes baharu jangkitan Covid-19 dikesan dalam kalangan mereka yang tiba bagi menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing sejak 24 jam lepas.
Sebanyak 11 kes baharu jangkitan Covid-19 dikesan dalam kalangan mereka yang tiba bagi menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing sejak 24 jam lepas.
A
A
A

SEBELAS kes baharu jangkitan Covid-19 dikesan dalam kalangan mereka yang tiba bagi menyertai temasya Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing sejak 24 jam lepas, lapor Sputnik.

Temasya sukan itu bermula pada 4 Februari dan akan berakhir pada 20 Februari.

"Antara 142 peserta yang tiba semalam, 65 daripadanya merupakan atlet sukan. Kami mendapati 11 kit diuji positif Covid-19, tujuh dikesan dalam kalangan atlet, serta empat lagi membabitkan ahli pasukan," kata Timbalan Pengarah Pejabat Pencegahan dan Kawalan Wabak, Jawatankuasa Penganjur Olimpik Musim Sejuk Beijing, Huang Chun.

Selain itu, Perdana Menteri Papua New Guinea, James Marape terpaksa pulang ke negaranya selepas disahkan positif Covid-19 sebaik tiba di Beijing untuk menghadiri temasya itu minggu lalu, kata kerajaan pada Selasa.

Perdana menteri itu terpaksa membatalkan pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping dan kunjungan ke Perancis bagi menghadiri Sidang Kemuncak Satu Lautan (One Ocean Summit) dianjurkan Presiden Emmanuel Macron dari 9-11 Februari. - Bernama

Artikel Berkaitan: