Tiada kawasan ternakan terjejas

No Image Caption
A
A
A

PASIR GUDANG - Jabatan Veterinar mengesahkan tiada kawasan ternakan terkesan akibat pencemaran Sungai Kim Kim.

Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal berkata jabatan itu telah menjalankan siasatan di lokasi semalam.

"Jabatan Veterinar telah melakukan kajian pencemaran terhadap haiwan ternakan di lokasi Sungai Kim Kim ad jam 10 pagi semalam.

"Hasil daripada siasatan mendapati tiada kawasn ternakn terkesan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan kualiti udara di sekitar kawasan terlibat pencemaran kimia akan dipantau dengan pengesan gas.

"Pengesan gas akan digunakan oleh pasukan pemantau bagi mengesan serta memantau kualiti udara dalam memastikan udara di kawasan terlibat benar-benar selamat.

"Lima parameter gas yang akan diperiksa adalah oksigen, karbon monoksida, 'Low Exposure Limit (LEL) Volatile Organic Compound (VOC) dan Hidrogen Sulfida (H2S)," katanya.

Sementara itu, angka yang menerima rawatan di hospital terus mencatatkan penurunan.

Artikel Berkaitan:

Sehingga jam 12 tengah malam tadi, 29 pesakit masih menerima rawatan sementara 119 lagi telah dibenarkan pulang.

Manakala empat lagi pesakit masih mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) namun dalam keadaan stabil.