Kekurangan Bekalan Telur Ayam

No Image Caption
A
A
A
Peniaga Noraini Mohamad, 36, (kiri) menjual telur ayam kepada pelanggan ketika tinjauan di Kampung Batu 6 hari ini.Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata masalah kekurangan bekalan telur ayam di pasaran yang dihadapi pengguna

sejak kebelakangan ini, dijangka pulih dalam tempoh terdekat. Beliau berkata KPDNHEP sentiasa melakukan pemantauan, pemeriksaan dan kutipan data daripada 50 syarikat yang mewakili 80 peratus pengeluaran telur di seluruh Malaysia, untuk memastikan keberadaan bekalan telur ayam

dalam pasaran.Peningkatan kadar pembelian telur ayam sebelum, semasa dan selepas Tahun Baharu Cina, selain ladang ternakan serta syarikat logistik penghantaran yang tidak beroperasi sepanjang cuti perayaan itu, menyumbang kepada gangguan bekalan telur ayam di pasaran. - Foto Bernama.
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan