Ratu Elizabeth II perkenan Camilla jadi Permaisuri Britain

Ratu Elizabeth II (kanan) diiringi Camilla (tengah) ketika menyertai sebuah acara berhampiran St Austell di barat daya England pada Jun 2021. - Foto: AFP
Ratu Elizabeth II (kanan) diiringi Camilla (tengah) ketika menyertai sebuah acara berhampiran St Austell di barat daya England pada Jun 2021. - Foto: AFP
A
A
A

LONDON - Pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II bertitah baginda memperkenankan isteri, Putera Charles memegang gelaran permaisuri negara tersebut apabila pewarisnya itu menaiki takhta.

Ratu Elizabeth II, 95, menyampaikan titah itu ketika meraikan pemerintahan baginda yang menjadi dinasti pertama paling lama memerintah iaitu selama tujuh dekad pada Ahad.

Ia sekali gus menzahirkan penerimaan umum Camilla sebagai menantunya setelah wanita itu didakwa menjadi punca perpisahan Charles dan mendiang Puteri Diana.

"Beta berharap rakyat negara itu akan memberikan sokongan kepada Charles dan Camilla sama seperti yang diberikan kepada beta," titah baginda ketika berucap menjelang ulang tahun pemerintahannya yang ke-70.

Ketika ini, keruntuhan perkahwinan Charles dan Camilla yang diberi gelaran Duke dan Duchess of Cornwall sebelum ini yang mendapat publisiti tinggi telah mencetuskan persoalan sama orang awam dapat menerima wanita itu sebagai pemaisuri.

Pada mulanya, beliau diberi gelaran puteri selepas pasangan itu mengikat tali cinta pada 2005 dan kesungguhan Camilla mengambil hati baginda akhirnya diterima keluarga diraja tersebut.

The Times melaporkan Charles yang sering menegaskan isteri kesayangannya itu akan menerima gelaran permaisuri turut terharu dan berbesar hati dengan khabar gembira yang disampaikan bondanya.

Kebanyakan akhbar di negara itu turut menjadikan berita tersebut sebagai tajuk muka depan mereka termasuk Daily Mail dengan tajuk 'Camilla WILL become Queen' dan 'Queen anoints Queen Camilla' dipaparkan oleh The Sunday Times yang menyifatkan keputusan itu sekali gus menamatkan kontroversi dan kekeliruan berhubung gelaran Camilla pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Pengumuman itu dibuat ketika Ratu Elizabeth II memulakan sambutan Jubli Platinum baginda dengan bergaya di Sandringham di timur England yang merupakan sebuah estet berkeluasan 8,100 hektar yang terletak berhampiran pantai utara Norfolk.

Baginda menaiki takhta pada usia 25 tahun pada 6 Februari 1952 selepas kemangkatan ayahandanya, Raja George VI.

Difahamkan, sambutan selama empat hari dirancang pada awal Jun depan bertepatan dengan ulang tahun pertabalannya pada 1953 yang akan dimeriahkan dengan acara perbarisan tentera dan konsert muzik serta pesta di seluruh negara.

Pada Isnin, satu upacara tembakan hormat akan diadakan di Green Park berhampiran Istana Buckingham di London dan di Istana Edinburgh di Scotland. - AFP