Pemerintahan Ratu Elizabeth II Britain kini memasuki 70 tahun

Ratu Elizabeth II
Ratu Elizabeth II
A
A
A

LONDON - Elizabeth Alexandra Mary Windsor, lebih dikenali sebagai Ratu Elizabeth II, telah menduduki takhta Britain selama 70 tahun.

Sambutan jubli platinum itu menyaksikan baginda menduduki takhta paling lama dalam kalangan kerabat diraja Britain sejak 1952, lapor Agensi Anadolu (AA).

Istana Buckingham awal tahun ini menerbitkan senarai acara yang dirancang untuk merayakan upacara itu pada musim panas, termasuk konsert, upacara khas, pesta jalanan dan cuti tambahan untuk rakyat.

Dilahirkan pada 21 April 1926, baginda menaiki takhta selepas kemangkatan ayahandanya Raja George VI pada 6 Februari 1952.

Pada 2015, antara raja dan ratu Britain baginda yang paling lama bertakhta, mengatasi rekod Ratu Victoria, yang menduduki takhta selama 63 tahun dan tujuh bulan.

Pembukaan Parlimen pertama oleh baginda adalah pada 4 November 1952, dan tahun berikutnya baginda ditabalkan di Biara Westminster pada 2 Jun.

Baginda dan suaminya Putera Philip dikurniakan dua cahaya mata, Putera Charles dan Puteri Anne, sebelum baginda menaiki takhta.

Mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata, Putera Andrew dan Putera Edward selepas ditabalkan menjadi permaisuri.

Artikel Berkaitan:

Mereka mempunyai lapan cucu dan 10 cicit.

Putera Philip mangkat pada 9 April 2021, ketika berusia 99 tahun.

Ratu Elizabeth ialah raja British pertama yang melangkaui jubli platinum, bermaksud 70 tahun bertakhta.

Baginda merupakan satu-satunya kerabat diraja wanita yang menyertai angkatan tentera.

Ratu Elizabeth II ialah ketua negara paling banyak mengembara di dunia, melawat lebih daripada 110 negara tetapi tidak pernah menggunakan pasport kerana baginda tidak memilikinya.

Baginda Ratu juga satu-satunya dibenarkan memandu tanpa lesen memandu di UK.

Lawatan rasmi pertamanya adalah ke Jerman Barat pada 1965, pertama kali untuk seorang kerabat diraja British sejak 1913.

Ratu Elizabeth II juga menjadi raja British pertama melawat tanah besar China pada 1986.

Ketika era pemerintahan baginda, UK menyaksikan perubahan politik dengan perlantikan 14 perdana menteri, dari Winston Churchill hingga Boris Johnson,.

Pemerintah berusia 94 tahun itu adalah ketua negara bagi 15 negara di Komanwel termasuk Australia, Kanada, New Zealand, Antigua dan Barbuda, Bahamas, Belize, Grenada, Jamaica, Papua New Guinea, Saint Lucia, Kepulauan Solomon, St. Kitts dan Nevis, dan St Vincent dan Grenadines dan negara bukan Komanwel Gibraltar, Kepulauan Falkland, Bermuda dan Kepulauan Cayman. - Bernama