FDAM gesa kerajaan tangani kes cetak rompak digital

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menggesa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan agensinya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Polis Diraja Malaysia untuk bertindak segera menangani kes cetak rompak digital.

Presidennya, Dr Ahmad Ibrahim dalam kenyataan dikeluarkan FDAM pada Sabtu berkata, pihaknya memandang serius isu cetak rompak yang terus berlaku membabitkan filem tempatan susulan kes terbaru melibatkan filem ‘Hantu Kuat Ketawa’ arahan Mawi.

"FDAM ada berhubung dengan Mawi yang juga merupakan ahli FDAM memaklumkan filemnya dicetak rompak. Justeru, FDAM bersedia membantu Mawi mencari jalan penyelesaian terbaik agar kegiatan cetak rompak ini tidak berlaku lagi.

"Kejadian terbaru ini memberi gambaran industri filem Malaysia masih tidak selamat daripada menjadi mangsa cetak rompak. FDAM mengutuk tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini yang sengaja melakukan perbuatan cetak rompak membabitkan filem tempatan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Ahmad menyifatkan pelaku aktiviti cetak rompak sebagai lanun dalam industri perfileman negara dan perlu diberi hukuman setimpal supaya memberi pengajaran kepada orang lain untuk tidak sewenangnya melakukan jenayah siber berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: