Ini alasan MCA kekal bersama BN

Wee Ka Siong
Wee Ka Siong
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pusat MCA hari ini memutuskan bahawa parti itu kekal di dalam BN.

Presiden MCA Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong berkata, keputusan itu diambil bagi memastikan tidak berlakunya kecondongan politik berteraskan perkauman antara Melayu dengan bukan Melayu.

Katanya, MCA percaya bahawa pentingnya kewujudan landskap politik yang demokratik, toleransi, kepelbagaian dan kesederhanaan merupakan satu pilihan yang patut dilaksanakan.

"Ia pastinya sukar tetapi MCA bersedia untuk menghadapinya dengan penuh ketabahan.

"Bersandarkan Semangat Konsensus, Memartabatkan Nilai Kepelbagaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu telah mengubah landskap politik BN.

Kekalahan ini juga menyebabkan beberapa parti komponen, pemimpin dan ahli-ahlinya mengubah haluan sendiri dan berusaha untuk mengorak langkah ke hadapan.

Dalam persidangan Perhimpunan Agung ke 65 MCA Disember tahun lepas, parti itu telah mengemukakan satu resolusi iaitu memberi mandat kepada Jawatankuasa Pusat supaya memulakan proses pembubaran BN dan membentuk perikatan baharu.

Artikel Berkaitan:

Pada 8 Mac 2019, MCA yang diketuai Ka Siong telah membentangkan resolusi tersebut dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Namun tiada konsensus dicapai berhubung usul yang dibentangkan.

Mengulas lanjut Ka Siong berharap agar UMNO, MCA dan MIC mengekalkan semangat konsensus yang terikat sekian lama sebagaimana termaktub dalam perlembagaan.

"Manakala permuafakatan sebagai gabungan pembangkang harus diperhebatkan seterusnya dapat memainkan peranan semak dan imbang kerajaan pemerintah khususnya soal kebajikan dan ekonomi rakyat", katanya.