10 ditahan ketika leka berjudi

Peralatan dan wang tunai disyaki wang pertaruhan turut dirampas susulan penahanan 10 individu yang dikesan bermain judi 'pai kaw' di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Jerkoh, Benta pada awal pagi Jumaat.

A
A
A

LIPIS - Seramai 10 individu termasuk dua wanita ditahan ketika leka berjudi di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Jerkoh, Benta di sini pada awal pagi Jumaat.

Dalam serbuan Ops Tahun Baharu Cina yang dijalankan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis kira-kira jam 12.50 pagi itu, individu berusia antara 37 hingga 53 tahun terbabit didapati bermain judi 'pai kaw' dalam keadaan tiada penjarakan fizikal.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, dalam serbuan itu, pihaknya merampas peralatan judi yang digunakan termasuk wang tunai RM3,850 disyaki wang pertaruhan.

Antara peralatan dan wang tunai disyaki wang pertaruhan yang dirampas di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Jerkoh, Benta di sini pada awal pagi Jumaat.
Antara peralatan dan wang tunai disyaki wang pertaruhan yang dirampas di belakang sebuah rumah di Kampung Baru Jerkoh, Benta di sini pada awal pagi Jumaat.

Menurutnya, turut dirampas, meja, kerusi, buah pai kaw, dadu, dan cip yang digunakan dalam permainan judi terbabit.

"Semua individu yang ditahan bersama barang kes yang dirampas dibawa ke IPD Lipis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Azli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Artikel Berkaitan: