Dibunuh sebelum dibakar

Mior Faridalathrash Wahid
Mior Faridalathrash Wahid
A
A
A

ALOR SETAR - Mayat yang ditemui terbakar dalam keadaan tertiarap di kawasan bendang di Jalan Gunung, Anak Bukit, semalam dipercayai dibunuh.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan siasatan pakar forensik di lokasi kejadian mendapati terdapat jerami yang tidak terbakar bawah badan mangsa.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati mangsa berusia lingkungan 30 ke 40 tahun dan dipercayai lelaki warga asing beragama Islam.

"Kita masih mengenal pasti identiti sebenar mangsa. Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya di buang di kawasan itu, dipercayai sebelum 1 Mac lalu," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, jerami di kawasan terbabit dibakar 1 Mac lalu namun mayat hanya ditemui semalam.

"Siasatan lanjut dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Semalam, orang awam menemui mayat dalam keadaan tertiarap dan terbakar di kawasan bendang di Jalan Gunung, sekitar 11.40 pagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ditemukan dengan kesan terbakar dalam bendang

Artikel Berkaitan: