Dua pelakon lelaki hampir terjerat

19
19
A
A
A

DUA pelakon iaitu Iswan Ismail, 30, dan Ikhram Juhari, 27, mengakui hampir terjerat dengan penipuan seorang lelaki yang mendakwa dirinya pengasas produk air, baru-baru ini.

Menurut kedua-dua pelakon itu, perkenalan singkat menerusi Instagram termasuk menawarkan sebagai duta selain mengajak mereka untuk projek lain.

Bercakap kepada Sinar Harian, Ikhram, sudah pun membuat laporan polis.

20
20

"Awalnya dia direct message untuk menawarkan saya sebagai duta. Sehari selepas itu kami berjumpa di Restoran Pelita, Jalan Ampang untuk berbincang lanjut mengenai projek berkenaan.

"Pada masa sama dia ada menawarkan lobang untuk beli kereta terpakai yang murah. Saya pun berminat dengan kereta Suprima S untuk kemudahan kerja pergi shooting.

"Hari kedua dia bawa ke lokasi used car dan kenalkan dengan jurujual, saya pun dah serahkan dokumen yang diminta iaitu salinan kad pengenalan dan lesen memandu.

"Susulan tu saya tanya perkembangan kereta sebab katanya segala urusan diuruskan olehnya. Tapi setiap pertanyaan dia acuh tak acuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu pelakon Hero Seorang Cinderella, Iswan, ketika dihubungi turut menceritakan pengalaman sama namun tidak memberikan sebarang dokumen diri kepada lelaki itu.

"Dia DM saya sekitar Februari tahun ini dan modus operandi pun sama seperti kawan saya Ikhram. Masa dia offer tu saya minta kontrak hitam putih terlebih dahulu.

"Selain offer jadi duta dia ada mengajak saya untuk projek pelaburan tapi saya tak berminat sebab masa berjumpa dengan dia di Starbucks, 1 Utama, imejnya tidak menggambarkan seorang profesional.

"Sehingga hari ini dia masih WhatsApp saya namun saya tidak peduli," jelas Iswan.

Untuk rekod, lelaki yang mendakwa dirinya pengasas produk air, Adam Navin atau nama penuhnya Davinder Sigh Gurehman Sigh, sebelum ini pernah melakukan jenayah berlainan dengan pengarah filem terkenal, Raja Azmi, yang ingin menjadi pelabur untuk projek filem terbaharu sekitar 2013.